Close

My Blog

My Blog
single page image

Muhd Hadi

about me

Asal Usul

Rakyat marhaen yang datang dari keluarga sederhana. Tinggal di sebuah kampung dan anak bongsu yang mana sebahagian besar hidup saya menjaga ibu bapa. Tahun 2017 tahun saya mula mengorak langkah dan mula hidup mengejar impian dan ‘passion’ saya yakni dalam 2 bidang : perniagaan dan seni. Tatkala orang mula memandang serong dan pandang rendah, saat itu azam yang saya tanam untuk ubah hidup dan keluarga. Makin meningkat usia, pandangan kita juga makin jelas dan nampak hala tuju. Biarlah nampak hina di mata orang, hanya Allah saja yang tahu niat kita. Tatkala orang berlumba, kita meminta untuk diredhai dalam amalan seharian. Ketenangan yang dicari bukan mudah diperolehi.

Impian dan cita-cita masih digenggam rapi namun percaturan Allah s.w.t lebih menguji emosi. Impian terpaksa ditangguhkan untuk mencari keredhaan. Saat inilah hati mula diuji. Impian atau keluarga. Ku pilih keluarga yakni ibu bapa. Walaupun ketika itu aku mula hendak mengorak langkah ke dunia pekerjaan. Peluang dan kemahiran yang ada boleh digunakan namun itu semua hanya angan-angan.

Arah tuju hidup ketika itu? Kelam, aku tak tahu. yang aku tahu cuma nak ibu bapa aku hidup seperti sedia kala walau ada cacat sedikit tapi masih mampu berdiri sendiri itu juga 1 nikmat buat ibu bapa ku. Jikalau orang lain awal pagi ke pejabat, aku sibuk bersiap untuk ke hospital. Itu rutin ku dulu untuk beberapa tahun. FIkiran ku cukup kusut. Hendak kerja pun tak boleh memandangkan separuh hari ku hanya untuk urusan hospital terutama khas untuk bapaku.

Duit yang ada ku simpan dan aku bukan jenis memilih dan sememangnya aku mengikat perut bertahun-tahun lamanya. Bukan mudah untuk menyimpan tatkala kos perubatan hampir menelan belanja sebahagian besar gaji yang ada. Bantuan zakat? Aku pernah rasa ibarat bola dan hampir putus asa bila mengenangkan bantuan. Ada gaji sedikit lebih rela ku korbankan untuk belanja dapur dan ubatan dari merosak kan hati ku dan jiwa terseksa dari tangan-tangan manusia.

Blog ini aku buat untuk ku tulis semula akan kisah dan juga ilmu yang aku ketahui dari dulu hingga masa ke semasa. Yang baik, ambil lah dan amalkan. Yang tak elok jadikan ia sempadan dan peringatan.

Kebanyakan adalah mengenai 4 kategori utama : Travel log, Bisnes, Kreatif dan Lifestyle (gaya hidup). Kebanyakan artikel adalah pengalaman dan pendapat ku sendiri.

Ada sebarang cadangan atau soalan atau apa-apa sajalah boleh saja hubungi aku. Isi diruangan hubungi. InsyaAllah aku akan balas nanti. 🙂