PANDUAN MEMBELI EBOOK : Nak beli ke tidak? | Hadi Blog

Jika anda pernah baca artikel tentang EBOOK IM TERBARU : Apa saya buat? saya dah sentuh sikit tentang panduan itu semasa membeli terutama bab emosi. Kalau belum silakan membaca EBOOK IM TERBARU? Apa saya buat?

Pantang ada ebook baru mesti nak beli terutama yang buat duit. Percayalah NO EASY MONEY dalam dunia ini. Terma EASY MONEY itu pun perlukan usaha dan kesungguhan untuk capai tahap easy money bagi individu terbabit. Ada orang mudah cepat tangkap, ada pula cepat naik dan cepat turun. itu semua norma kehidupan macam pensyarah saya cakap ini semua duniaaaa….hahaha

Berbalik kepada ebook. Saya selalu bertanya pada pembeli atau pembaca, kenapa nak beli ebook tu? Patut saya galakkan membeli baru dapat banyak buat duit kan? Tak, prinsip saya mudah. Jangan membazir melainkan nak tambah ilmu baru dan pengetahuan tentang perkara sekeliling dan trend semasa. Itu tak mengapa.

Contoh mudah, kita ada bisnes dropship pakaian tak kira baju ke kasut ke tudung. Setakat yang kita dengar dan tahu melalui social media macam Instagram dan Facebook page. Ada pula tutorial cara naikkan like dan post engagement supaya orang kenal apa kita jual. Adalah sekian list kaedah yang diberikan. Tup-tup ada ebook berkaitan “cara mudah orang membeli harga mahal”. Selagi termasuk dalam perancangan atau business plan boleh saja membeli.

Namun perlu diingat, penulis kadang-kala tak beri hint langsung kaedah apa yang digunakan. Adakah berbayar atau percuma? teknikal atau orang tak reti komputer sangat pun boleh guna dan the list go on. Kita ada hak untuk bertanya sebelum membeli. Janganlah tanya ya-ya macam suruh cerita the whole ebook sedangkan kita tak beli pun. Naya saja, bengkek je penulis tu.

Kalau tiba-tiba ada ebook “cepat kaya dengan menjual sabun” kita check balik adakah modal yang diperlukan itu tinggi. Tadi kita jual pakaian. Sesuai ke sebagai produk tambahan kepada produk utama kita jual tadi?

Contoh jual tudung dan sabun tadi berguna untuk kurangkan kedut walaupun ditonyoh dan disental dengan kaki. Kalau macam tu ia sangat sesuai. Kemudian kita boleh jual secara pakej atau kombo. Atau pun free saja kepada pembeli terawal. Peringkat permulaan untuk orang kenal dan dapatkan feedback. Mana tahu makin rosak. Tak semua produk itu indah.

Saya tak rekomen untuk buat bisnes baru khas untuk sabun saja pula sebab akan akibatkan kebanyakan dari kita hilang fokus sebab kita perlu atur strategi bisnes ni pada tahap yang berbeza. Permainan bisnes ini kadangkala susah jangka.

Saya ambil contoh bila kita setup page khas untuk produk sabun tadi. Target kita secara keseluruhan sudah berubah walaupun tidak 100%. kemudian segment dan harga market. Ingat produk sabun tadi kita kena post-mortem dan bertanya pada pembekal tadi yang mereka itu pengilang ke pemborong ke? kita kena buat anggaran kos-kos terlibat dalam hierarki bisnes tadi. Kena buat MOQ (minimum or der of quantity) Isu dikemudian hari ialah permainan harga. orang lain jual murah sangat, nak ikut memang tak balik modal. Rugi teruk adalah.

Permainan harga ini selalunya ada tempoh masa. Siapa yang bertahan akan survive selepas tempoh produk ini viral. Selalu 6bulan saya lihat sebab ramai jenis hit-n-run. Dapat untung buat bisnes lain pula yang lebih untung. Jadi graf bisnesnya cepat naik dan cepat turun. Side effect kaedah macam ni adalah tekanan yang tinggi kerana dia perlu capat target dalam tempoh yang singkat dengan network atau circle business yang limited. Lebih-lebih lagi produk baru perlukan kos 3kali ganda dari produk evergreen yang mendapat permintaan untuk fokus kepada marketing dan awareness.

Saya tak pernah halang cumanya kalau kita ada strategi dan database pelanggan yang besar dan pembeli/follower setia ia lagi dianjurkan.

Fasa pertama kita berniaga untuk kita kenal segmen market baik dari citarasa pelanggan, kerenah, birokrasi, pulang modal dan kenal golongan pembeli kita. Tak kira online atau jual makanan tepi jalan. Kita akan lalui perkara-perkara ini dan kita kena cakna untuk maju dan naik di masa akan datang.

Kongsi Artikel Ini

Kongsi dengan kawan-kawan anda!