Cara Berniaga Topup Di Kampus | Hadi Blog

Ni antara tips dan kaedah berniaga di kampus..pengalaman saya sendiri masa belajar di UiTM Seri Iskandar. Masa saya belajar dulu, memang mengharapkan duit PTPTN untuk belajar. Untuk makan ,minum dan kos assignemnt dan juga trip. Course saya memang terkenal dengan trip luar. Setiap sem lebih kurang 5-6 trip minimum untuk buat field study.

Ikutkan duit PTPTN ni memang tak cukup sebab kos setiap kali assignment dengan print board untuk setiap kali presentation dah berapa dengan tools lagi. Jadi kena pandai-pandai hiduplah kat kampus tu.

Saya start berniaga dari semester 1 lagi. Dalam seminggu orientasi tu memang target plan nak cari peluang bisnes walaupun masa tu kampus kosong. Blur terus.

Tapi dengan semangat cari juga peluang dan turun naik bilik komputer search bisnes topup inilah sebab wadiu tu memang ramai nak kan. Jadi full the demand. Mudah dan tak pening kepala.

1) Jual jenis reload dan standby 1 phone, beli je yang biasa-biasa macam Nokia dan sila tengok line di kampus. Selalu orang pakai Celcom sebab line selalu ada. Saya dulu pun sama.

***********************************************
PEMILIHAN SERVER provider.

1) Pastikan jenis cash deposit apa ada di kampus atau berdekatan kampus kita. Nanti mudah kita nak bank in ke provider reload ni.

2) Pilih yang boleh buat transfer dari few bank. Alternatif kalau pilihan ATM di kampus dengan provider tak banyak pilihan. Selalunya Maybank atau Bank Islam.

3) Server yang operate 24/7, kemudian boleh topup untuk nombor yang sama dalam 1 hari lebih dari sekali sebab ada student kuat sangat gayut sampai habis kredit. Selalunya mereka inilah pelanggan tetap kita.

***********************************************
Strategi : Buat flyer

Buat 2 jenis :

a) 1 yang besar A4 print di depan pintu bilik.

b) Yang kedua pergi buat kecil tampal di pintu toilet. Yang ni teknikal sikit. Pastikan tulisan boleh nampak dan buat warna merah BOLD & HURUF BESAR. Pilih font ARIAL DAN BOLDKAN.

Pastikan bila tampal tak terlalu tinggi dan tampal di belakang pintu. Maksud di sini bila orang guna tandas tu nanti sambil dia buang hajat dia akan nampak iklan kita..hahaha. Ketinggian dalam paras bahu camtulah kalau nak tampal.

c) Lepastu tampal di tiang main corner setiap aras. “JUAL TOPUP BILIK T202” sebesar A4 ya. Tampal pada ketinggian atas kepala sikit je warna MERAH juga.

Kalau kena koyak ke apa tak apa. Nak tampal bila waktu pagi sebelum orang pergi mandi nak pegi kuliah atau waktu selepas Asar. Sebabnya orang akan guna toilet dan yang di tiang itu pula orang akan nampak bila pergi atau balik. Ni create awarenes namanya.

Cukuplah 1 hari kita promo nanti adalah yang mencari. Sebelum kena koyak dengan AJK atau warden.

Cara nak maintain bisnes ni simple saja.. Mesti kena ada standby duit untuk rolling modal. Modal dalam RM100-200 untuk first day..lagi rendah pun tak mengapa cumanya kena rajin ulang-alik pergi mesin CDM lah untuk trnasfer ke server provider.

Tapi make sure kalau habis, cepat-cepat masukkan balik.

Mostly dalam sehari total transaksi dalam RM400-1k. Untung itu cukup untuk cover makan sehari dan lebih lagi. Tapi kalau student studio base cukup-cukup saja + adalah duit poket kalau ad trip luar.

Untung telco dulu paling best ialah celcom,kemudian maxis last digi.

P/S : ni tips dan pengalaman dari tokan topup blok Teratai 1 & 2, UiTM Seri Iskandar…ahahaha 🙂

Kongsi Artikel Ini

Kongsi dengan kawan-kawan anda!