Asas Bisnes | Hadi Blog

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri apabila trend produk sekarang sangat sinonim tapi ramai yang tak ambil endah. Kebanyakan lebih suka untuk buat jenis HIT-N-RUN iaitu fast cash. Yang mana banyak masalah yang timbul. Janji cepat untung. Last sekali bungkus.

Baru lancarkan produk tak lama lepas itu produk baru keluar dan lebih teruk produk itu mati sendiri akibat persaingan perang harga yang sangat melampau.

Salah siapa? Pemilik produk?stokis? atau pembeli itu sendiri?

Banyak elemen yang saya akan sentuh untuk kita lihat dan ceburi bidang bisnes ni. Ingat, jika terasa sukar, mulakan secara sambilan dan ambil masa untuk belajar. Lihat saja contoh bisnes taikun di luar sana. Adakah mereka terus capai dalam masa yang singkat? Ambil masa bukan. Ini bukan skim cepat kaya atau rahsia teknik tertentu.

Saya lebih suka katakan ia DISIPLIN dalam perniagaan beserta elemen yang perlu kita ambil kira dalam membina dan menguruskan sesebuah perniagaan. Eh, macam banyak je, macam susah je. Hehe, itu pendapat masing- masing. Kita buat perniagaan ini untuk jangka masa panjang dan kalau boleh ia terus diwarisi hingga ke beberapa generasi akan datang sebab masa berlalu, teknologi juga dapat membantu dalam menguruskan perniagaan.

Secara keseluruhan, ini hasil pengamatan saya :

1) MALAS : Kalau boleh kita terus duduk di atas dan biar orang lain saja yang uruskan.

Majoriti usahawan serta businessman yang saya jumpa bermula dari bawah. Mereka tidak memilih. Mereka pegang konsep yang mudah. KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK.

Bisnes ni bukan macam kerajaan langit tu ye :p

Usaha itu perlu namun tuhan lah yang menentukan segala-galanya.

Bila kita sudah ikut apa yang diajar tapi tidak seperti yang diharapkan. Ingat, mana kita letak tuhan selama ini? Adakah seiring atau di belakang? Kalau di depan Alhamdulillah dan ia patut didahulukan dalam apa jua urusan sehari-harian kita.

2) TAMAK : Ya, baru baru sehari dua dapat untung dah berangan macam-macam. Nak itu nak ini. Janji dapat cecah target, ok dah sampai situ. Kemudian dapat produk baru promosi pula produk baru. Produk yang lama dibiarkan. Padahal kategori produk yang sama.

Sebagai contoh, sebelum ni jual produk kesihatan untuk dalaman. Jualan ok,feedback ok tapi persaingan makin lama makin ramai. Turunkan harga untuk tarik lebih ramai pelanggan. BIG MISTAKE!!!

3) HILANG FOKUS : ini selalu terjadi apabila baru saja bermula. Perasaan ni timbul bila apa yang dibuat tidak menjadi. Dalam perniagaan perlu ada backup plan bukan 1 tapi 2-3 atau lebih. Lebih-lebih lagi jika menggunakan medium internet dan platform seperti facebook kerana ia sentiasa update untuk lebih sistematik dan up-to-date. maka kita pun kenalah up-to-date dengan polisi serta syarat yang dikenakan oleh pihak empunya tadi.

Lagi 1 didorong oleh sifat tamak tadi. Orang itu buat itu untung, orang ini buat ini untung. Masing-masing ada bahagian mereka. Jangan risau, buat dahulu kemudian rangka strategi dan olah semula. Buat post-mortem dan fikir kembali adakah ia relevan atau tidak.

4) PERANG HARGA : Bila ramai persaingan. Pembeli memang untung tapi yang akan jatuh ialah penjual itu sendiri. Kukuhkan ilmu tentang asas serta selok belok perniagaan.

Produk yang dijual itu kita perlu tahu bukan semata-mata memujuk orang untuk membeli sebaliknya educate orang tentang pentingnya atau fungsi produk itu sendiri. Nanti orang yang akan cari kita.

Tak dia, mungkin orang lain yang rapat dengan prospek itu tadi. Mana tahu bukan.

Perang harga ini juga berpunca pada empunya produk yang terus membuka lot besar atau stokis TANPA MENGUJI DAHULU KEPADA SIAPA YANG DITAWARKAN ITU.

Ada beberapa langkah yang boleh diambil dalam menjamin kelangsungan produk. Empunya produk perlu alert dan bukan bunuh diri sendiri.

Apabila kita buat secara online. Pasaran tradisional ialah persaingan utama. Komuniti di offline market lebih besar tapi kita juga boleh masuk bersama-sama mereka dengan langkah yang betul. Ikut cara mereka.

Dalam pasaran traditional adanya SOP (standard operation procedure) yang mana document serta bukti black & white adalah wajib. Itu elemen utama disamping terma dan syarat (mutual agreement).

JADI PERSOALAN AWAL TADI BERBALIK KEPADA ANDA.

Sejauh mana kita nak pergi dalam bidang perniagaan ini?. Sambilan atau boleh diwarisi?

Kongsi Artikel Ini

Kongsi dengan kawan-kawan anda!