SEMINAR FBM (Facebook Marketing) Dan Dunia Bisnes Offline.

Dalam seminar tentang Facebook Marketing, audiens yang datang adalah business owner sama ada dropship, owner brand/pengeluar, promoter or agen. Namun sering kali audiens datang dengan harapan yang tinggi untuk dapatkan teknik yang SUPER tapi jimat. Harus di ingat dalam ingatan, apabila sentuh tentang pemasaran ia ada banyak faktor yang mempengaruhi untuk menarik perhatian orang ramai untuk membeli.

Ia diibaratkan apabila kita ke shopping complex. Ia sebenarnya bermula bukan dari kita masuk tapi dari kita sampai ke shopping complex tersebut. Facebook itu sendiri kita ibaratkan shopping complex.

Fanpage itu kita ibarat kedai. Adakah semua pengunjung akan pergi ke kedai kita dalam 1 shopping complex yang besar? Peratusan akan berkurangan oleh banyak faktor. Ada pengunjung yang datang untuk tengok wayang, main game, shopping, lepak dengan kawan-kawan dan macam-macam lagi. Banyak orang, banyak ragamnya. Lebih-lebih lagi waktu puncak atau hari gaji.

Apa yang perlu UTAMA SEKALI ialah orang tahu yang kita ada kedai (fanpage). Jadi dah tahu, senang lah mereka nak singgah kan. Sambil berjalan, tengok apa yang menarik. Macam juga bila surf FB, boleh baca dan comment, tiba-tiba ada post/fanpage yang menarik perhatian kita.

Sama konsepnya cuma kita gunakan medium yang berbeza. Saya tertarik dengan highlight Mohd Rozaimie, kita bukan buka kedai waktu puncak saja, hari2 kita buka. Cuma bezanya jualan (sale) tinggi ke rendah.

Bagaimana kita nak tarik traffic/orang yang lalu lalang itu ialah skill yang makan masa. Ada yang hardselling dengan terus promo dan juga SPAM. Pernah dekat shopping complex mereka asyik beriklan saja? Mesti tak kan? yang ada cuma pasaraya yang pasang di speaker, itu pun orang buat tak tahu saja sebab ia jadi trend setter yang mana ia lebih mengganggu berbanding convert kepada jualan. Selalunya yang mereka annouce ialah budak hilang dan suruh alihkan kereta.

Announcement jenis ini ibarat WARNING oleh Facebook sebab melanggar kelancaran. Walaupun kita kena bayar duit parking, tapi tak ikut syarat dengan block orang sama juga. Duit ambil, tapi menyusahkan kita selepas itu.

Ada banyak cara untuk tarik traffic. Ada juga yang tunggu di eskalator, dan berikan flyer. Apa yang menarik ialah bentuk ‘FLYERS’ tersebut. Ia ibarat jenis apa yang kita nak post di fanpage kita. Flyers yang terus hardselling sale adalah kurang, apatah lagi saleperson mencuka dan tak bersungguh dalam mengedar. Kita pun jumpa tong, terus campak.

‘FLYERS’ yang informative dan bermain dengan psikologi audiens akan dapat tangkap perhatian pengunjung di shopping complex. FLYERS ini ibarat COPYWRITING. Ia bukan saja tulisan, penggunaan grafik sama ada infografik, bergambar dan sebagainya mengikut sasaran masing-masing.

Kalau sasarannya ialah orang dewasa sudah tentu kaedah penyampaiannya berbeza berbanding kanak-kanak.

TARGET PENGUNJUNG. Sebelum beri flyers, itu pun kita boleh pilih nak beri flyers atau tidak. Jika yang datang berkeluarga eloklah diberi yang beri manfaat secara berkelompok. Produk yang sesuai ada banyak jenis. Harus diingat, perempuan adalah main power. Lelaki ikut saja..hahaha..

Dalam shopping complex ada banyak tingkat, dan sewa juga berlainan. Ini ibarat cost untuk kita beriklan. Nak mahal ke murah? Lagi 1 bila dah buka kedai jangan tercongok saja di kaunter tunggu orang datang. Sebab itu awareness itu perlu macam yang disebut di awal tadi. Nak orang datang. Orang datang : klien : $$$$$$

Yang dekat dengan traffic mesti lagi mahal kan. Nak murah? kenalah pelbagai teknik kena cuba.

Sebagai owner kedai, kita berhak pilih produk yang kita nak letak. Bukan setakat follow the trend. Tapi kena validate dahulu produk. Selalu ramai yang parah bab ini. Bila customer minta pendapat yang mana 1 lagi elok dia pun tak tahu??!!!!..Haru biru jadinya.

Seminar FBM adalah kepada teknikal seperti juga perkara di atas yang disentuh. Saya suka seminar jenis ini sebab ia kepada teknikal dan how to with reason. Ada benda kita boleh buat, dan trouble shoot. Kenapa kita buat split test dan kesannya kita boleh monitor. Jadi ikut yang hasil split test tadi (format dan jenis promotion/informative info) untuk kita dapatkan lebih traffic.

Untuk lebih lanjut seminar FBM boleh hubungi terus Saudara Firdaus Azizi atay layari laman web beliau firdausazizi.my untuk tahu kelas terdekat dan yang sesuai untuk anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *